Thursday 9 July 2015

Ulasan Surah SABA



Surah 34:     

SABA (kaum Saba).

Surah Saba terdiri atas 54 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah, diturunkan sesudah surah Luqman.

Dinamakan Saba kerana didalamnya terdapat kisah kaum Saba.  “Saba” adalah nama suatu kabilah dari kabilah-kabilah Arab yang tinggal didaerah Yaman sekarang ini.  Mereka mendirikan kerajaan yang terkenal dengan nama kerajaan Sabiyyah, ibu kota nya Marib; telah dapat membangun suatu bendungan raksasa, yang bernama “Bendungan Marib”, sehingga negeri mereka subur dan makmur.  Kemewahan dan kemakmuran ini menyebabkan kaum Saba lupa dan ingkar kepada Allah yang telah melimpahkan nikmat nya kepada mereka, serta mereka mengingkari pula seruan para Rasul,  Kerana keingkaran  mereka ini Allah menimpakan kepada mereka azab berupa “Sailul Arim” (banjir yang besar)  yang ditimbulkan oleh bobol nya bendungan Marib. Setelah bendungan Marib bobol negeri Saba menjadi kering dan kerajaan mereka hancur.


Sumber 1;






 

Adun Bukit Selembau



N.25 Bukit Selambau